Saturday 13 September 2014

Happy Birthday to Me...



Hari genap lah umur Anna yang ke 33thn..terasa sekejap je masa berlalu...
diam x diam dah semakin tua dah Anna nie...huhu...terima kasih tak terhingga kepada ibu Anna yang telah melahirkan Anna dan membesarkan Anna  dari kecil hingga dewasa...tak lupa juga kepada ayah Anna  yang sama2 menjaga dan mendidik Anna  menjadi insan yang berguna...Thanks a lot dad n mom..luv u 4ever..
sijil kelahiran Anna yang dah dimamah usia....

Semalam ....team office Anna buat kejutan untuk Anna ..
(walaupun Anna dah tau plan diorang...Anna buat2 muka terkejut je :)..hehehe ) 
diorang plan sambut awal..coz tarikh besday Anna kena bukan pada hari berkerja...
apa2 pun memang rasa terharu sesangat...
Majlis kecil untuk Anna....selfie ngan kek BLACKFOREST ..hehehe..kek pun sedap..maceh shida buatkan...

thanks pada u ollss...Anna suka sangat lagi2 kad tu...kreatif sungguh...

Cantik kan kad tu....nampak comel je semua lam tu kan...sesuai ngan karekter diorang..
lepas makan apa lagi....masa untuk selfie plak...selagi bell tak berbunyi ..
selagi hp x abes battery....click aje lah...setiap penjuru jadi tempat kt org pose..

Meriah betul suasana..
Anna bersama rakan2 

p/s : Suka dengan hadiah yang diorang bagi..semuanya Anna memang nak pun 
( padahal..Anna dah bagi hint2 apa yang Anna nak...x malu kan..hehehe )
pasni boleh lah Anna try buat benda yang baru dengan hadiah tu....



Sunday 7 September 2014

Korean Drama Good Daughter Hana





Salam Semua...
Hi...hari ini Anna ingin berkongsi dengan korang pasal drama korea yang sedang hits di channel ONE HD ..kalau nak tau Anna memang peminat drama or lagu dari KOREA...mula tertarik sejak dari drama WINTER SONATA....sampaikan pasang angan2 nak terbang kesana...semata2 nak merasai suasana musim salji dan menyaksikan kecantikan bunga sakura....bestkan....
Ok...berbalik cerita pasal drama GOOD DAUGHTER HANA.... memang best ....Meh Anna story sikit sinopsis cerita nie

Drama yang mengisahkan anak keempat daripada keluarga yang telah membuat sos soya selama beratus-ratus tahun. Beliau dibesarkan berpakaian sebagai lelaki dan berpura-pura menjadi anak keluarga kerana keadaan kewangan keluarganya untuk mewarisi kilang kicap yang telah diturunkan selama dua abad.


Title: Good Daughter Hana/A Well Grown Daughter, Hana/A Well Raised Daughter/Well Brought Up Daughter, Hana
Episodes: 122
Broadcast network: SBS / ONE HD



Cast
Main Cast
Park Han Byul as Jang Ha Na / Jang Eun Sung
Lee Tae Gon as Han Yoon Chan
Jung Eun Woo as Sul Do Hyun
Yoon Se In as Jang Ra Hee



Jang Hana
Dia seperti Lion King (** = watak kartun terkenal. Dalam kartun itu, singa bayi memenuhi banyak kesukaran. Young bayi singa comel mengatasi banyak kesukaran, maka, membesar sebagai raja di dalam hutan) 
Dia adalah anak perempuan ke-4 dalam keluarga Terhormat. Kerana dia tidak mempunyai saudara, dia dibesarkan sebagai seorang anak lelaki sejak berumur 5 tahun. (= ** Dalam sesetengah keluarga bersejarah lama, mereka mahu mempunyai anak untuk dapat mewarisi nama keluarga) 
Oleh kerana dia dibesarkan sebagai anak untuk masa yang lama, dia bercakap dan berkelakuan seperti lelaki. Beliau adalah seorang wanita dalam lelaki pakaian cantik. 
Setiap hari dia terpaksa hidup sebagai lelaki, dia berjuang kerana beliau bukan lelaki. Pada hari-hari yang hadir apabila dia hidup sebagai perempuan, dia berjuang kerana beliau tidak pernah mengalami hidup sebagai perempuan. 

Seol Dohyun
Lelaki kacak anggun dan bergaya yang belajar di Eropah. 
Sejak ibunya meninggal dunia, dia mengisi kedudukan ibunya untuk bapanya dan adik. 
Dia kaya dengan rumah mewah, kereta dan dia adalah waris keluarga kaya. 
Tetapi, kadang-kadang dia bertindak seperti wanita. Dia takut perkara folksy. Jika dia melihat sesuatu yang kotor atau serangga, dia menjerit seperti perempuan. Apabila ia makan sesuatu yang panas atau masin, lidahnya tidak boleh berdiri dan membasuh ia dengan liter minum air.


Han Yunchan 
Lelaki sinis. Gaya bercakap beliau ialah menggigit dan menyakiti. Dari usia sekolahnya, kerana sikap memberontak, ada sentiasa masalah di sekelilingnya. 
Tetapi, dia mempunyai azimat misteri agak tidak diketahui. Sejak dia bertemu Hana, hati beku beliau cair.
Jang Rahee 
Dia yang waras, dewi bergaya di Gangnam. Dia merupakan seorang ratu dari sekolah rendah ke kolej. Walaupun tidak pintar.... Tetapi, dia begitu mahir menggunakan lelaki untuk mendapatkan apa yang dia mahu. 
Kemudian dia jatuh cinta sebenar dengan Dohyun. Sekarang, dia mula memahami apa kehilangan semangat adalah dan berasa kesakitan

Good Daughter Hana Korean drama trailer
Boleh tonton di link dibawah ini


Tuesday 2 September 2014

Penangan Drama Rindu Awak 200%


Slot Akasia TV3: 
Drama terbaru diadaptasi dari novel RINDU AWAK 200% 


Novelis LIYANA ZAHIM terbitan Alaf 21

SINOPSIS

Zill Faezrul Iqbal – Jiwa Armel Aisya jadi nanar apabila teringat nama ini. Bersifat tenang tapi bermulut celopar sungguh menjengkelkan hati Armel Aisya.

Tapi, dia tak boleh banyak bunyi. Dia sendiri yang memilih lelaki itu untuk menjadi suaminya.

Ibarat minyak dengan air, mereka tak boleh bersatu. Akibatnya rumah tangga mereka tidak pernah aman! Penyudahnya Armel ke utara, Faezrul ke selatan.

Namun, semakin Faezrul tidak peduli, semakin sakit hati Armel.

Misteri Faezrul yang kejap hilang kejap ada di rumah, menimbulkan tanda tanya di kepala Armel.

Mustahil seorang lelaki kampung yang bekerja sebagai juruteknik mampu memiliki kereta Range Rover Evoque!

Siapa lelaki ini? Mungkinkah dia suku sakat Jula Juli Bintang Tujuh?
p/s : baca sinopsis aje dah leh tau..citer die best.... :)



Drama : Rindu Awak 200%
Episode : 28
Rangkaian Siaran : Slot Akasia TV3
Tempoh Siaran : 14 Julai hingga 01 September 2014
Air Time : Isnin-Khamis


Drama RINDU AWAK 200% di slot AKASIA TV3 telah pun tamat .... Apa yang boleh EA katakan..gandingan ZUL ARIFFIN dan AYDA JEBAT memang serasi...
Actually, mula-mula cerita ini ditayangkan EA x amik port sangat....rasa cam x best sgt je..lagi2 tgk barisan pelakon die ...boleh ke??..bila kat opis...kat facebook...org dok sibuk citer pasal drama ni....secara x langsung EA terdetik rasa hati nak tonton cerita ini dari 1st episode...  bila dah follow tu..dah x reti nak stop....layan sampai kepagi...esok pegi keje...mata dah jadi cam beruang panda....hehehe...puas hati dengan jalan cerita die...x tergantung....ending pun happy....ada masa ti..nak return balik tgk citer nie...



Dato' Siti Nurhaliza - Jaga Dia Untukku (Official MV)



Monday 1 September 2014

Red Velvet Cake for Mak Long Birthday

Terlebih dahulu Anna ingin mengucapkan 
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 57thn (31 August)..pada semua rakyat Malaysia

Di kesempatan ini Anna sempat menyiapkan Kek Hari Jadi untuk Mak Long( Kakak Emak) yang ke-68thn..beruntung nya di lahirkan pada hari merdeka ..kerana tarikh itu merupakan tarikh keramat pada semua rakyat Malaysia.

Seronok tgk Mak Long potong kek hasil dari EA

Berbalik pada cerita Kek Hari Jadi nie...Kali ini Anna buat Special RED VELVET CAKE untuk Mak Long....resepi ini Anna cedok dari blog kat Kak Zu Semanis Gula (Mintak halal ye kak) ....Setakat ni...resepi Kak Zu memang sedap...Alhamdullilah...setakat nie family Anna pun suka ngan kek ni...

Tada...Nielah rupanya RVC yang berjaya Anna siapkan

Bunga idaman kalbu....masih lagi tak puas ati dengan hasilnya,...

Bab deco nie ada fail sikit.....kena rajin practice to make perfect.. :)

Jom kita tinjau RESEPI nya

RED VELVET CAKE (RVC)
Sumber : Dapurcomelku / Kak Zu Semanis Gula

Bahan-Bahannya:-

  • 5 biji telur ( Anna guna 4 biji telur gred A)
  • 250 gram mentega 
  • *3 cawan tepung naik sendiri
  • *3 sudu makan koko powder
  • 2 cawan gula kastor 
  • 4 sudu makan pewarna Red Bright ( Anna guna sebotol lebih kurang 2sdm )
  • 1 cawan buttermilk 
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil cuka makan
Cara-caranya:-
  • 1. Panaskan ketuhar 180 degree celcius.
  • 2. Ayakkan bahan kering (*) menjadi satu bahagian ke dalam sebiji mangkuk. Ketepikan.
  • 3. Pukul mentega dan gula hingga kembang
  • 4. Masukkan telur sebiji demi sebiji
  • 5. Dalam mangkuk buttermilk campurkan pewarna merah dan kacau sebati.
  • 5. Masukkan tepung dan buttermilk, berselang-seli hingga habis. Pukul hingga kembang dan ringan. 
  • 6. Larutkan baking powder dan cuka kemudian tuangkan kedalan adunan kek. Kaup dan balik-balikkan hingga sebati.
  • 7. Tuang adunan ke dalam dulang pembakar dan bakar hingga kek masak

NOTA:
Jike tiade buttermilk dalam kotak boleh gune adunan ini ~ 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka makan atau jus lemon dan biarkan selama 10 minit sebelum digunakan.



Hasil bedah siasat....so yummy...

KRIM:
500 gram krim keju Phillidephia
1 cawan krim putar
---Pukul krim keju hingga lembut kemudian masukkan krim putar sedikit demi sedikit hingga habis dan krim menjadi kental dan gebu (speed mixer - medium).
*Campur sedikit butter(agak2) dan putar bersama bahan diatas supaya frosting agak keras dan mudah dibentuk

atau

500 gm Cream Cheese
250 gm Butter Anchor
250 gm Gule Icing
---Putar hingge sebati

atau

500 gm Krim Putar
250 gm Cream Cheese
110 gm Mentega
60 gm Gula Icing
1sdk Esen Vanilla
---Putar hingge sebati


Selamat Mencuba!!