Monday 1 September 2014

Red Velvet Cake for Mak Long Birthday

Terlebih dahulu Anna ingin mengucapkan 
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 57thn (31 August)..pada semua rakyat Malaysia

Di kesempatan ini Anna sempat menyiapkan Kek Hari Jadi untuk Mak Long( Kakak Emak) yang ke-68thn..beruntung nya di lahirkan pada hari merdeka ..kerana tarikh itu merupakan tarikh keramat pada semua rakyat Malaysia.

Seronok tgk Mak Long potong kek hasil dari EA

Berbalik pada cerita Kek Hari Jadi nie...Kali ini Anna buat Special RED VELVET CAKE untuk Mak Long....resepi ini Anna cedok dari blog kat Kak Zu Semanis Gula (Mintak halal ye kak) ....Setakat ni...resepi Kak Zu memang sedap...Alhamdullilah...setakat nie family Anna pun suka ngan kek ni...

Tada...Nielah rupanya RVC yang berjaya Anna siapkan

Bunga idaman kalbu....masih lagi tak puas ati dengan hasilnya,...

Bab deco nie ada fail sikit.....kena rajin practice to make perfect.. :)

Jom kita tinjau RESEPI nya

RED VELVET CAKE (RVC)
Sumber : Dapurcomelku / Kak Zu Semanis Gula

Bahan-Bahannya:-

  • 5 biji telur ( Anna guna 4 biji telur gred A)
  • 250 gram mentega 
  • *3 cawan tepung naik sendiri
  • *3 sudu makan koko powder
  • 2 cawan gula kastor 
  • 4 sudu makan pewarna Red Bright ( Anna guna sebotol lebih kurang 2sdm )
  • 1 cawan buttermilk 
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil cuka makan
Cara-caranya:-
  • 1. Panaskan ketuhar 180 degree celcius.
  • 2. Ayakkan bahan kering (*) menjadi satu bahagian ke dalam sebiji mangkuk. Ketepikan.
  • 3. Pukul mentega dan gula hingga kembang
  • 4. Masukkan telur sebiji demi sebiji
  • 5. Dalam mangkuk buttermilk campurkan pewarna merah dan kacau sebati.
  • 5. Masukkan tepung dan buttermilk, berselang-seli hingga habis. Pukul hingga kembang dan ringan. 
  • 6. Larutkan baking powder dan cuka kemudian tuangkan kedalan adunan kek. Kaup dan balik-balikkan hingga sebati.
  • 7. Tuang adunan ke dalam dulang pembakar dan bakar hingga kek masak

NOTA:
Jike tiade buttermilk dalam kotak boleh gune adunan ini ~ 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka makan atau jus lemon dan biarkan selama 10 minit sebelum digunakan.



Hasil bedah siasat....so yummy...

KRIM:
500 gram krim keju Phillidephia
1 cawan krim putar
---Pukul krim keju hingga lembut kemudian masukkan krim putar sedikit demi sedikit hingga habis dan krim menjadi kental dan gebu (speed mixer - medium).
*Campur sedikit butter(agak2) dan putar bersama bahan diatas supaya frosting agak keras dan mudah dibentuk

atau

500 gm Cream Cheese
250 gm Butter Anchor
250 gm Gule Icing
---Putar hingge sebati

atau

500 gm Krim Putar
250 gm Cream Cheese
110 gm Mentega
60 gm Gula Icing
1sdk Esen Vanilla
---Putar hingge sebati


Selamat Mencuba!!

No comments: